Khamis, 31 Disember 2009

45 hari anak ku di wad hospital

Minggu pertama sememangnya setiap hari menangis teringatkan baby.. Perut masih sakit akibat pembedahan. Badan masih tak larat tetapi ku gagahkan juga setiap hati ke hospital melawat anak ku. Mak asyik tegur sebab masih dalam pantang tak boleh bergerak sangat.. tapi demi anak aku sanggup ketepikan.
Maisara hari ke-10

Rabu, 30 Disember 2009

Saat saat kelahiran baby ku yg pramatang
















1 Sept 2009.... Bersamaan 11 Ramadhan 1430 H
Pukul 4.00 ptg

Maisara dilahirkan...

Ketika itu usia kandunganku 31 minggu 6 hari ( 7 bln 3 minggu).

Setalah seminggu ditahan di wad. Doc terpaksa jalankan operation sebab takut keadaan bertambah teruk..
Air kutuban bertambah sedikit dan bp bertambah tinggi..

Semasa dibilik bedah hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dlm diriku.. bukan takut sakit tetapi risau keselamatan baby.. mulut tak berhenti henti berdoa agar baby selamat dilahirkan. Tiba-tiba terdengar suara sayup sayup tangisan bayi.. aku tergamam.. itukah anak ku. Anak yang ku nanti nantikan.. Doktor sempat memberitahu yang bayi ku tidak lah sekecil yang disangkakan... Aktif walaupun baru keluar dari perut...

Berat Maisara hanya 1.20 kg.. terus dimasukkan ke dlm incubator dan terus ke wad NICU, Hospital Seberang Jaya.